Saturday, February 6, 2010

IMAGINASI DUNIA MIMPI


Bayangkan anda berdiri di dalam sebuah gedung pakaian, yang penuh jenama mahal dan mewah. Cuba pusing sambil perhatikan sekeliling. Apa yang anda lihat? Satu ruang luas dalam rona putih atau kelabu yang mengandungi pakaian-pakaian yang begitu indah. Cuba anda melangkah menyusuri rak-rak pakaian yang dilipat cantik, mahupun yang bergantungan, pasti anda mulai terasa bahawa ruang itu dipenuhi dengan penjelmaan semangat penuh kewanitaan: Armani dengan rekaan yang understated tetapi cukup sensual, wanita Balenciaga pula tampil unik dengan karakter tersendiri. Apa kurangnya Rizalman Ibrahim, ikon fesyen Malaysia yang sering muncul dengan koleksi penuh drama dan tersendiri.

Inilah dikatakan keajaiban penjenamaan fesyen (fashion branding) yang sentiasa cuba mengumpan dan meraih perhatian pembeli. Bermula dengan pemilihan fabrik, dipotong dan dijahit mengikut imaginasi dunia mimpi pereka fesyen. Koleksi yang telah siap diserahkan kepada kumpulan kreatif, disinilah bermulanya keajaiban: pencarian wanita yang paling sesuai untuk pakaian yang dihasilkan. Pereka kreatif, pengarah seni, penata gaya dan pereka grafik akan memulakan peranan mereka dengan pemilihan skema warna. Pengenalan ataupun cerita untuk pakaian tersebut, serta aksesori yang menjadi pelengkap dan padanannya.

Warna mempengaruhi mood: Mood mencerminkan personaliti dan keperibadian. Kemudian saksikan kekuatan imej fotografi, serta rekaan pakaian dan aksesori yang menjadi the flesh and the bones of a brand, diperagakan peragawati/ peragawan dalam majalah, dipentas peragaan dan di jalanan. Sama penting logo, label, handtag, pembungkusan dan katalog. Kemudian perkara sampingan bagi pihak publisiti seperti: cenderamata, jemputan dan sebagainya. Akhirnya istana jenama tersebut, iaitu gedung di mana rekaan itu dipamer dan dijual.

Fesyen menyediakan kita dengan ritual, yang memberikan kita keyakinan untuk menyatakan "look at me. This is who I am". Ikon fesyen, memberikan apa yang kita mahukan, sebelum kita sendiri sedar apa sebenarnya kemahuan kita. Inalah ironinya penjenamaan: ia bekerja secara senyap, hampir tidak dapat dilihat, sealiran dengan fesyen itu sendiri, hampir seperti mantera ataupun jampi yang membuatkan kita terus ingin berasa dalam dunia tersebut.

Setuju? Tepuk dada tanya selera!

2 comments:

  1. we want more! we want more!... adakah akak kat rumah i tu pun menggunakan mantera yang sama untuk menjadikan anda merasai keajaiban masakan beliau?? itu baru tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  2. we want more yer!..ok i give u more nanti yer!!..cuma nak mengarang tu amik masa sikit kak ooiiii....hehe
    akak kat umah tu pakai susuk masakan la kot yer!!..tapi kuih cikodok akak tu memang agak menakjubkan la...rasa nak lagi, lagi & lagi...sampai abis la kot yer!!

    ReplyDelete