Saturday, February 13, 2010

Artis & Fashion Disaster

Kadangkala saya rasa pelik dengan dengan selera berfesyen artis Malaysia, ada yang cukup stylish tetapi maaf, yang buta fesyen terutamanya wanita pun banyak juga. Ada masa tertentu saya mengucap panjang apabila melihat gaya setengah-setengah artis berfesyen , pakaian dan solekan serta padanan serba tak kena. Yang paling teruk ialah pakaian tidak kena majlis. Ada artis yang mengenakan solekan sebenarnya sesuai malam tetapi digayakan disiang hari (panas terik pulak tu). Yang peliknya mereka rasa mereka sudah cukup cantik dan class. Well, think again! Don’t’ they know the concept of less is more?..I guess not.

Majalah fesyen tempatan dan antarabangsa melambak di pasaran. Vogue, Bazaar, In-Style, Elle, GQ, Details (satu dua cukuplah) semuanya ada…tak perlu pergi seberang laut pun. Majalah tempatan pun ada yang tidak kurang hebatnya Glam, Eh!, Female, Maskulin. Nasihat saya, bila beli majalah janganlah setakat selak tengok gambar dan baca gossip saja….try to learn from these magazines, belajar mengenai trend, padanan pakaian dan aksesori. Belajar juga mengenai solekan yang betul untuk pelbagai majlis, Dan terdapat artikel-artikel yang boleh mengkayakan minda, semua itu adalah ilmu terutama untuk anda yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

Apapun, jangan salah faham, meniru trend fesyen dari barat tidak semestinya anda perlu seksi tidak tentu pasal. Pilihlah rekaan yang sesuai dengan budaya kita, selagi tidak keterlaluan. Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah-majalah tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian serta warna kulit perlu diambil kira. Cara yang paling senang adalah anda boleh mengupah atau meminta khidmat fashion consultant, fashion stylist, fashion designer serta make-up artist untuk menentukan gaya keseluruhan. Namun perlu berhati-hati kerana kini terlalu ramai imposter yang mengaku mereka adalah fashion designer dan make-up artist. Ini yang menyebabkan berlakunya fashion disaster.

Fashion Disaster
Apa itu fashion disaster? Lebih kurang begini. Pernahkah anda lihat ada artis kita yang popular dan cantik atau kacak tetapi setiap kali muncul dalam siri konsert atau acara karpet merah, kostum atau pakaian yang dipakai walaupun saya kira beribu harganya nampak seperti badut. Rekaan dan warna bercelaru, perincian sperti manik dan jemeki dan entah apa lagi kadangkala terlalu banyak dan menyemakkan pandangan. Ia seperti pakaian reject artis Hong Kong. Tiada fokus tertentu dan memperlihatkan originality rekaan. Mungkin artis itu tiada fashion sense dan hanya pakai apa yang disogokkan kepadanya, tetapi pengurus dan syarikat rakaman perlu mengambil inisiatif untuk membentuk imej yang boleh dibanggakan bukan hanya pada personaliti sahaja. Jangan kedekut untuk berbelanja untuk mendapatkan khidmat pereka yang betul-betul know what he’s or she’s doing!! Jangan ambil pereka yang tak sudah-sudah mencedok seratus peratus idea pereka antarabangsa atau paling sedih mencedok idea pereka tempatan yang disegani (contohnya seperti Rizalman, Radzuan)....Please!! Masyarakat kini lebih peka, lebih arif..they do read, you know.


Siapa artis yang stylish?

Saya bukan mahu mengutuk tapi mungkin saya sudah bosan untuk melihat gambar-gambar mangsa fesyen di media cetak dan elektronik. Mungkin kita perlu buat senarai Worst dressed list in Malaysia. Dan Mungkin selepas ini keadaan akan berubah, who knows!

Walaupun begitu terdapat juga artis yang stylish & class to perfection sepeti Sheila Majid, Camelia, Maya Karin, Anuar Zain (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka ini adalah antara yang betul-betul really care about their image & everything. And they look amazing everytime.

Pesan saya pada mereka yang rasa pernah menjadi mangsa fesyen hanya satu…it’s never too late to change!

3 comments:

  1. hey i love this post!artis malaysia takde stylist ke?i mean if they dont know how to dress up might as well hire a stylist kan?ini tengah hari buta panas terik pakai pun pakai leather jacket.kalau nk ikut majalah pun kena praktikal juga.and 1 more thing bila overaccessorize baju ribu-ribu pun jadi tacky.just my humble opinion =)

    ReplyDelete
  2. Hi Cik Faizal, am so agree with you. Bukan nak mengutuk la but artis Malaysia kalau attend events memang hauk, especially yang baru2 nak naik tu. But that doesn't mean I'm condemning all of them. Camelia memang stylish pun, ditto Sazzy Falak. So, no wonder they all deserve front row seats at all fashion shows.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    I think lots of M'sian so-called 'celebs' forgot about one thing - simplicity. Coz when you look simple, classic and chic - that's all you need to look great on red carpet. As Leonardo da Vinci said - simplicity is the ultimate sophistication! :)

    ReplyDelete